Pages

Thursday, October 13, 2011

Bantuan Rakyat RM500 Diagihkan Mulai Januari 2012

KUALA LUMPUR : Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini, Rabu.

Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHD Nserta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

"Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama.

Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

"Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan," katanya.

BERNAMA

Proton Nafi Rancangan Jual Pegangan Dalam Group Lotus

KUALA LUMPUR 12 Okt – Proton Holdings Bhd menafikan khabar angin bahawa ia mungkin merancang menjual pegangannya dalam anak syarikat yang mengalami kerugian Group Lotus kepada Genii Capital dari Luxembourg, dengan menyatakan dakwaan itu tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.

"Hubungan Proton dengan Group Lotus baik seperti sedia kala.

"Menerusi sinergi positif ini, keutamaan kami sekarang adalah memastikan Pelan Pemulihan Perniagaan Lotus dilaksanakan mengikut jadual dan kedua-dua pihak komited kepada kejayaannya,” kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

Proton berkata, ia dan Lotus telah sampai ke tahap di mana pasaran tidak sabar menunggu “produk baharu” Lotus dan semua tenaga dan usaha kami perlu disalurkan ke arah mencapai matlamat penting ini.”

Ia berkata, pembabitan Lotus dalam sukan F1 sebagai penaja kepada pasukan GP Lotus-Renault adalah untuk mewujudkan pemasaran dinamik dan sinergi penjenamaan.

BERNAMA

HUDUD : MCA Persoal DAP

KUALA LUMPUR 11 Okt. – MCA hari ini terus mempersoalkan pendirian DAP berhubung cara bagaimana parti itu menghalang rakan parti pakatan mereka, Pas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di kelantan.

Naib Presidennya, Gan Ping Sieu berkata, ini kerana surat yang dihantar kepada Lim Guan Eng bagi menjemput Setiausaha Agung parti itu untuk berdebat isu berkenaan masih belum terjawab sehingga kini.

“Surat tersebut telah dihantar seminggu lalu, namun ia masih belum dijawab. Kita mahu tahu apa pendirian mereka kerana sebelum ini banyak kenyataan mereka mengelirukan.

“Sebagai seorang pemimpin, saya harap Guan Eng `tidak lari' daripada memberi penjelasan. Saya harap rakyat dapat menilai sikap mereka yang tidak ada pendirian,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Minggu lalu, MCA mencabar DAP untuk berdebat mengenai tindakan mereka untuk menghalang Pas daripada melaksanakan hukum hudud sebagaimana yang dibuat Barisan Nasional (BN) dalam menyatakan pendirian mereka.

UTUSAN MALAYSIA