Isteri setia tabah jaga suami strok
Sharip (duduk dua, kanan) ketika menziarahi Ismail sambil diperhatikan Norma (belakang dua, kiri) di Kampung Penajis Bandar, kelmarin.
PENAJIS - “Dulu dia yang jaga mak cik sakit, sekarang giliran mak cik pula," ujar Norma Alias ketika berkongsi cerita mengenai keadaan suaminya yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Penajis Bandar, di sini, kelmarin.
Menurut Norma, 62, dia berasa sedih apabila mengenangkan suaminya, Ismail Jasin, 78, diserang strok sejak awal Ramadan lalu.
Biarpun sukar, namun ilmu menjaga orang sakit terlantar yang diperoleh dari jururawat banyak membantunya melancarkan rutin hariannya termasuk menggantikan lampin pakai buang suami.
"Seminggu sekali anak pasti pulang bagi membantu memandikan ayah mereka. Jika hari-hari biasa, mak cik akan pastikan seawal jam 7.30 pagi, badan pak cik dilapkan dan diberikan sarapan berupa susu khas.
"Walaupun bergantung kepada susu khas, mak cik turut berikan pak cik bubur yang dikisar halus memandangkan dia kini hanya mampu menerima makanan melalui tiub khas sahaja,” katanya.
Norma berkata, buat masa ini, suaminya memerlukan sekurang-kurangnya lima tin susu khas dan lampin pakai buang yang mana perbelanjaan berkenaan mencecah RM500 sebulan.
Bagaimanapun, kata Norma, suaminya ada menerima bantuan Bulanan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
"Jadi bantuan ini dan juga elaun suami sebagai datuk lembaga adat sebanyak RM200 sebulan, mak cik guna sepenuhnya untuk keperluan suami. Selebihnya, anak-anak bantu.
"Bagaimanapun, jika perbelanjaan seperti susu khas serta lampin pakai buang ini dapat ditanggung, mak cik benar-benar berterima kasih," katanya ketika menerima kunjungan Datuk Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman, kelmarin.
Sementara itu, Muhamad Sharip berkata, kunjungan itu bagi melihat keperluan serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan.
"Ismail merupakan Tiang Balai Baruh Datuk Gempa Maharaja yang sudah mula memegang jawatan berkenaan sejak Disember 1999.
"Buat masa ini, segala hal berkaitan adat dan bicara tanah boleh dirujuk kepada pemangku iaitu Datuk Merbangsa, Azmi Ahmad," katanya.

0 comments:
Post a Comment