[DIKEMASKINI] MUKTAHIR ini, pandangan anak muda Malaysia terhadap politik negara semakin terkedepan dan mereka juga menunjukkan minat yang begitu mendalam ketika menterjemahkan ideologi masing-masing.

Bagai gelombang baharu dalam politik Malaysia, golongan ini kelihatan lebih terbuka, vokal dan berani menggunakan pentas politik yang ada.
 
Apa sebenarnya yang bermain di fikiran mereka?  Adakah pandangan mereka akan didengar atau sekadar melukut di tepi gantang?

Memahami apa yang sedang berlaku, Wacana Sinar Harian Siri ke-36 hari ini membawakan suara ini dalam perbincangan bertajuk: Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu.
 
 
Ikuti pandangan-pandangan panelis yang juga terdiri dari anak muda iaitu Ahli Majlis Eksekutif Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud; Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin; Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil dan Presiden Ikram Siswa, Marwan Abdullah.
 
Moderator wacana kali ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.
 
Bersiaran secara langsung bersama kami dari Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

2.30 pm: Hadirin mula memenuhi Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam bagi mengikuti Wacana Sinar Harian Siri ke-36: Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu.

2:43 pm: Wacana Sinar Harian Siri ke-36 akan bermula sebentar lagi. Dyana Sofya Mohd Daud baharu sahaja tiba.

3.00pm: Wacana Sinar Harian bermula sekarang.

3.03pm: Moderator: Wacana Siri Ke 36 adalah satu tajuk yang sangat relevan. Realitinya, kita sedang mempersiapkan masa depan politik negara.
 
Adakah kita punya ruang yang cukup utk dengar hasrat generasi muda?
 
Adakah suara anak muda diberikan ruang sewajarnya?

308pm: Moderator:  Adakah ruang diberikan kepada anak muda cukup? 
 
3.08pm: Faiz Fadzil:‎ Beri ruang yang secukupnya. Bagi posisi anak muda untuk jawatan dalam Harapan Baru.

Moderator: Ruang untuk orang muda cukup?
 
3.10pm: Marwan: Ruang tidak cukup. Lihat kepada pelajar UIA yang digantung semata-mata bawa Rafizi.

3.12pm: Moderator: Adakah suara anak muda diberi ruang untuk bersuara? 
 
3.14pm: Dyana: ‎Dalam konteks nasional memang ada kita berjumpa dengan anak-anak muda untuk mendengar suara anak muda di negara ini.

3.15pm: Moderator: Ruang nasional anak muda diperingkat nasional cukup? 
 
3.15pm: Faiz Fadil: Saya tidak setuju dengan Rahman, peluang dan ruang anak muda di peringkat nasional sangat terbatas. Saya rasa anak muda masih terbatas ruang mereka.

3.20pm: Moderator: Ruang nasional anak muda diperingkat nasional cukup? 
 
3.22pm: Rahman: Ruang ikut definisi, ada tetapi tidak cukup.

Moderator: Adakah ruang yang diberi mencukupi buat Dyana?
 
3.23pm: Dyana: Ruang yang diberi memang tidak cukup, tetapi kita kena manfaat. 
 
Seperti yang berlaku dalam UIA, mereka panggil ahli Parlimen untuk bercakap tentang isu semasa.
 
Tetapi mereka digantung, ini caranya untuk menakutkan mahasiswa.

3.25pm: Moderator: Apa anak muda mahu dalam konteks politik?
3.26pm: Marwan: Saya teruja sebab dalam panelis ini semua orang terlibat politik.
 
Moderator: Ikram mungkin tidak berpolitik tapi politikal.
 
3.27pm: Marwan: Hmmm..mungkin juga.

Marwan: Gelangang pentas permainan politik itu perlu ada dulu. 
 
Kalau BN boleh dapat liputan meluas, kenapa tidak pembangkang?
 
Kita mahukan kematangan dalam berpolitik. Lawan hujah, lawan idea. 
 
Bukan parti ini tuduh parti ini. Anak muda bukan bodoh.

3.30pm: Dyana: ‎Bukan mahasiswa sahaja, anak muda yang lain mahukan kebebasan berfikir dan kebebasan pendapat. 
 
Mereka juga tidak suka disuruh. 
 
Memperjuangkan kebebasan adalah salah satu keutamaan dalam perjuangan saya.  Mereka mahu bersuara tetapi tidak ada platform.

3.33pm: Rahman: Usul ‎Parlimen Belia hanya dengar di Kabinet tidak benar. 
 
Yang lepas contohnya, usul TPPA didengar secara serius. 
 
Saya berpendapat, ada 5K sedang ditangani, tetapi dengan cara berbeza.  Benar ketelusan itu penting.

3.34pm: Moderator: Apa anak muda mahu dalam politik? 
 
3.35pm: Faiz: Saya setuju 5K. Sebenarnya anak muda buat 'walk and talk'.
 
Di peringkat nasional kerajaan perlu beri kepada anak muda.
 
Anak muda tidak diberi peluang, kerana dasar kerajaan akan menjadi dasar semua.
 
Jadi ia akan menganggu semua. Jangan cakap tidak serupa bikin.
 
Awak bercakap tentang kebebasan anak muda, tetapi bila anak muda buat forum mengenai GST anak muda di gantung pengajian.
 
Walk and talk penting untuk anak muda melihat pemimpin laksanakan apa yang mereka cakap.  ‎ 

3.38pm: Dyana: Sudah 50 tahun kerajaan memerintah, tetapi masih tidak nampak 5K yang disampaikan oleh saudara Marwan tadi.

3.39pm: Moderator: Hujah panelis masih soal idealism. Ya, Marwan?
3.40pm: Marwan: Politik baharu timbul kerana adanya kuasa politik ‎yang lama. 
 
Sebab ada yang lama, muncul yang baharu. Kuasa politik yang sama memegang tampuk sejak lama.
 
Kalau PR menang PRU, kita lihat mereka mampu ke tidak laksanakan pemerintahan dengan baik. 
 
Jika tidak mampu, kita tidak ada masalah‎ tukar balik dengan BN.

3.42pm: Moderator: Adakah benar jika 5K dilaksanakan, tidak perlu ubah negara?
 
3.43pm: Rahman: Perubahan struktur, harus nilai dan sedar politik sebenar. 
 
Rahman: Adakah anak muda bersedia bertanggungjawab dengan apa bercakap dan lakukan?

3.45pm: Moderator: Selagi kita tidak cukup matang, kerajaan tak perlu beri ruang?
 
3.45pm: Faiz:‎ Kami sudah cukup matang, semua belajar tinggi.
 
Sekarang anak muda ada ilmu politik, kemelut dan perkembangan semasa mereka tahu.
 
Kalau kata anak muda tidak boleh pikul tanggungjawab adalah tidak benar.
 
Sepatutnya kami kena diberi ruang.

‎3.46pm: Dyana: Anak muda adalah generasi smart phone. Mereka cepat dan responsif.
 
Kami banyak bekerjasama dengan anak-anak muda dan mahasiswa.
 
Kita memang mengambil pendekatan terhadap anak muda. Kami pergi on the ground untuk mendengar suara anak-anak muda. 

3.47pm: Moderator: Adakah kalian mewakili keseluruhan anak muda?
 
Adakah kalian bercakap berdasarkan parti sahaja?
 
Adakah kalian faham apa sebenarnya yang anak muda mahu?  
 
Bagaimana Marwan datangkan 5K ini? Adakah dari lapangan?
 
3.48pm: Marwan: Kalau kata saya wakili anak muda, itu mungkin.
 
Setakat mana pengalaman saya dalam siswa. Itu yang saya dapat 5K.


3.49pm: Moderator: Ulas lanjut mengenai suara anak muda dan politik?
 
3.50pm: Faiz: Ketidakpuasaan hati lihat 52 undi popular PR, gelombang 1998, sehingga PRU13.
 
Suara ini tentunya adanya  anak muda dalam 52 peratus.

Jadi di situ kita lihat anak muda mahu yang baharu (pembaharuan). Suara yang dibawa adalah dari anak muda.


3.51pm: Rahman: PRU14 nanti 7 juta pengundi baru, kuasa besar tentukan kerajaan.
 
Banyak pihak terlupa satu perkara, kos sara hidup adalah perkara pokok orang muda.
 
Hal ini termasuklah beban hutang yang tinggi.

3.52pm: Moderator: Bagaimana politik selesaikan isu kos sara hidup dan sebagainya? 
 
Kalau perubahan struktural berlaku, apa yang mahu dilakukan?
 
Setuju dasar awam gagal, Faiz?
 
 
3.53pm: Faiz:‎ Gagal dari segi pelaksanaan, gagal dapat pinjaman misalnya hendak dapat pinjaman Tekun.
 
Saya difahamkan untuk ambil pinjamanan kena isi borang Umno, kenapa perlu?
 
Kenapa tidak buka peluang ini seluas-luasnya.
 
Kenapa perlu isi borang Umno untuk dapatkan pinjaman Tekun?
 
Sekarang hutang negara RM800 bilion. 
 
Ke mana pekerja anak muda nak tuju?

‎3.55pm: Moderator: Dasar awam gagal?
 
3.55pm: Rahman: Nafi gagal, jika gagal, tidak ada kami hari ini, begitu juga korporat.

Rahman: Benar ketirisan wujud, kami mahukan akauntibiliti dan ketelusan. Pemberi perlu diberi ruang dan pengguna kena telus.
 
Menggesa kerajaan telus, dalam masa sama kita juga kena telus untuk diri sendiri. 
 
Berapa ramai kita isi borang LHDN?

3.57pm: Dyana: Memang kita ada masalah dengan dasar awam. 
 
Dyana: Contoh, masalah pendapatan. Sudah 27 tahun tangga gaji masih sama.
 
Sudah tahu gaji semasa sangat rendah, kenapa tak naikkan gaji semasa? 
 
Kenapa masih bawa tenaga kerja asing?

Dyana: Dalam bidang pendidikan, kita boleh tengok ramai anak muda mahu jadi guru.

Tahap pendidikan kita teruk. Kita sudah ‎berada di belakang Vietnam.
 
3.59pm: Moderator: Apa yang kalian boleh tawaran dari 5K ini? 
 
Moderator: Nak mula reform dari mana?
 
4.00pm: Marwan: ‎Saya selaku NGO, kita hargai semua sumbangan kerajaan dah buat.
 
Marwan: Ada yang baik, ada yang tidak baik. Ada yang pelik dan ada yang tidak pelik.
 
4.02pm: Moderator: Apa yang baik, apa yang pelik?
 
4.03pm: Marwan: BR1M yang pelik. 
 
Marwan: Sebab kita diberi ikan. Tapi orang bagi, kita ambillah.

4.04pm: Moderator: Apa yang anda boleh tawaran kepada anak muda? 

 Kita seperti ada banyak masalah.   Secara telusnya, apa struktual reform yang perlu kita buat?
 
 
4.05pm: Faiz:‎ Pemimpin banyak 'talk' sahaja.
 
Kalau rasuah dapat dilupuskan negara akan maju. Kita rasuah tinggi berbanding Sweden.
 
Kalau tiada rasuah negara akan jadi baik. Apa sahaja yang jadi di negara ini bersangkut dengan rasuah.
 
Apabila pemimpin atas buat derma, pemimpin bawah pun minta derma. Negara yang rendah rasuah dapat 'sejahterakan rakyat'.

Bagi saya parti berasakan kaum, tidak relevan.
 
Harapan Baru inklusif. Malaysia ada orang Cina, India, Melayu. Kita kena berlaku adil kepada semua kaum.
 
Nabi pesan kalau assabiyah Nabi tidak suka. Prinsipnya adalah adil kena pada semua kaum.

4.10pm: Rahman: Perlu reform struktur parti masa PRU.
Perlu wujud sistem kuota kerusi calon, sejajar dengan orang muda yang semakin bertambah.

4.11pm:  Moderator: Sekarang kalian mungkin selesa kerana semua panelis Melayu Islam, mungkin Dyana lain sedikit. 
 
Moderator: Tapi ‎adakah kalian nanti hanya akan memimpin Bumiputera sahaja? 

Bagaimana dengan kaum lain? Parti berasaskan kaum masih relevan?
 
4.12pm: Marwan: Parti asas kaum ke atau tidak yang penting ia 'deliver'. 
 
Macam mana parti-parti itu berkhidmat untuk rakyat.

4.12pm: Moderator: Sekarang ini pun rakyat didahulukan.
 
4.13pm: Marwan: Penonton setuju? Gelak ketawa itu sudah menggambarkan.

4.14pm: Dyana: Politik Baharu, apa yang Dyana mahu?
 
Dyana: 64 peratus dari rakyat Malaysia berumur 34 tahun. Anak muda adalah majoriti.  Anak muda perlu keluar dan tuntut semula Malaysia. 
 
Negara ini milik semua dan bukan kepunyaan sesetengah pihak sahaja.

4.15pm: Moderator: Politik masa depan, apa yang anda mahukan?
 
4.15pm: Marwan: ‎Kami mahu yang berpolitik dengar 5K ini.

Perlu ada keadilan, kebebasan, kebajikan, kematangan dan ketelusan dalam berpolitik.

4.16pm: Moderator: Bercakap mengenai 'impian' anak muda, apa kalian boleh tawaran kepada penonton? 
 
Politik masa depan apa yang Faiz mahukan?
 
4.17pm: Faiz: Anak muda perlu pendidikan, perlu cari semua maklumat apa yang berlaku pada negara.
 
Anak muda kena berani buat perubahan, kerana epal yang rosak akan rosakan semua.

Sebab itu kita kena baiki semua dan buang bakul sekali.

‎4.19pm: Marwan: Isu tentang anak muda buat kita cemas.

 Nampaknya masih wujud di kalangan kita yang tak yakin dengan anak muda.
 
Sedangkan anak muda ini boleh bawa perubahan.

Marwan: Kita buat pendidikan bagi anak muda faham politik itu.
 
Sama ke politik di sini dengan negara luar? Tapi di negara ini lain. 
 
Kita diajar, soal wala' atau tidak wala'. Itu tidak mendidik. Itu doktrin.
 
Yang satu lagi, kalau hang tak sokong aku, Melayu tak ada harapan. Yeke? 
 
Mana tahu? Sebab itu pendidikan penting.
 
4.23pm: Moderator: Bila Marwan sebut wala', Faiz senyum. Sebut Melayu tiada harapan, Rahman senyum. 
 
Moderator: Nakal Marwan ya.
 
4.25pm: Sesi dialog selesai. Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan oleh peserta wacana. 
 
Soalan 1: Apa orang tua mahu dari anak muda. Mahu anak muda lakukan perubahan? Boleh panel jelaskan?
 
Soalan 2: Di sini ada Umno, DAP, Gerakan Baharu dan NGO, Ikram. Mungkin atau tak parti-parti ini kerjasama wujudkan politikal reform? 
 
Soalan 3: Bagaimana pekerja swasta dan awam mahu nyatakan suara anak muda yang bekerja dalam se‎ktor-sektor tersebut.?

Soalan 4: Anak muda bikin saya cemas terutama melibatkan soal halal haram terutama dalam politik. Anak muda seolah-olah tiada 'guideline' untuk pandu mereka sama ada ia benar atau salah? Saya harap anak muda pilih platform yang betul.


Penutup: Moderator: Saya suka ajak bincang soal reform struktur. 
 
Rasa bijak bincang soal ini. Harap dapat kebaikan dari sini.
 
Wacana Sinar Harian siri ke-36 tamat.