40,000 Ribu Bangla, Anwar Ibrahim Sudah Lemah Ingatan Agaknya
Hari ini Anwar
Ibrahim membuat satu kenyataan yang amat melucukan bila menafikan bahawa beliau
sendiri yang menuduh angka 40,000 sebagai pengundi hantu dalam PRU13 yang
lepas.
Tuduhan terbaru
Anwar Ibrahim tersebut disiar oleh Malaysiakini, (baca sini). Menariknya, Anwar
menyatakan bahawa "kita dah buat kajian, ada tak kenyataan begini? Tidak
ada".
Maka selepas
itu, Anwar terus buat kesimpulan rambang dan menuduh blogger UMNO sebagai punca
tanpa menyatakan sumber tuduhan tersebut. Tuduhan Anwar itu tidak
benar.
Ini sebenarnya
hanyalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab oleh Ahli Parlimen Permatang
Pauh itu. Hakikatnya, Anwar lupa mengkaji atau pegawai pegawai penyelidiknya
yang malas mencari tentang sumber kenyataan Anwar sebelum ini.
Kenyataan Anwar
itu berbunyi begini "Ini bermakna 40,000 individu ada dan masih memasuki
KLIA..." yang dimaksudkan adalah bangla seperti dalam gambar. Berikut adalah
sumber ayat Anwar itu (baca
sini).
Malah warga
bangla turut menjadi sasaran ketika proses pengundian berlaku pada PRU13. Ada
rakyat Malaysia yang dituduh bangla oleh "macai macai" Anwar ketika hari
mengundi. Kasihan penyokong penyokong pakatan pembangkang, mereka akhirnya
ditipu hidup hidup oleh Anwar Ibrahim.
Yang bergaduh di
bawah adalah rakyat biasa. Dilaga lagakan dengan taktik tuduhan Anwar Ibrahim.
Akibat terlalu taksub dan percaya pada propaganda yang dicetuskan oleh Anwar
Ibrahim.
Akhirnya, Anwar
Ibrahim sendiri tidak mengaku dengan propaganda yang beliau sendiri cipta.
Nilaikanlah sendiri perangai orang yang mahu sangat jadi Perdana Menteri ini.
Kemaruk kuasa hingga sanggup cipta cerita yang tidak benar.




0 comments:
Post a Comment