ANTARA PENIPUAN PRESIDEN PAS YANG AMAT DASYAT !!!
Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dalam isu tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango)
dipersoal kerana pada masa yang sama beliau juga mengagumi Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hasan
Malek berkata, Abdul Hadi seakan-akan tidak sedar bahawa rakan sekutunya itu
turut terlibat dalam tuntutan yang dibuat oleh Comango.
"Saya cuma hairan apabila beliau seakan
tidak sedar ataupun tidak perasan bahawa ramai orang menganggap Comango
merupakan kawan baik atau sekutu Anwar.
"Tetapi Abdul Hadi pula menganggap
Anwar sebagai pemimpin agung, ini yang saya rasa agak pelik sedikit,"
katanya semalam.
Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi
ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 yang menggesa
kerajaan tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam
melalui sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Majlis Hak Asasi Manusia anjuran
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hasan berkata, tindakan Pas yang
menggesa kerajaan menolak sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara ini
mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas daripada tabii kehidupan
penciptaan manusia, harus dipuji.
Menurutnya, tindakan Presiden Pas itu
yang meminta kerajaan tidak tunduk pada tuntutan Comango sangat
dihargai.
"Kita amat menghargai apabila Abdul
Hadi meminta kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan Comango yang mahu
menghalalkan amalan kehidupan songsang, seks bebas serta lesbian, gay, biseksual
dan transgender (LGBT).
"Sebagai orang Islam, semua pihak
bertanggungjawab mempertahankan hukum Allah yang tidak mengizinkan perkahwinan
sejenis," ujarnya.




0 comments:
Post a Comment