Terbukti PAS Parti Yang Lemah, Ketua Pemuda PAS Selangor Bakal Diambil Tindakan Tatatertib Oleh DAP
Nampaknya, Ketua Pemuda PAS Selangor ini bakal menerima nasib dipecat daripada parti oleh kepimpinan PAS Selangor yang diketuai oleh Khalid Samad. Kerana tindakannya yang tidak merujuk terlebih dahulu pada lidah rasmi parti PAS Harakahdaily.
Dalam Harakahdaily, Karpal dan Kit Siang sudah menafikan bahawa kenyataan itu dikeluarkan (baca sini). Memang sudah diagak dari awal lagi, PAS akan tunduk dan memaafkan DAP.
Isu ini hanya ditimbulkan untuk menjual mana mana pemimpin PAS yang dilihat garang dan berani melawan Karpal bagi mendapat tempat dalam pemilihan muktamar PAS nanti.
Inilah nasib parti
yang mahu berjuang untuk Islam, tetapi takut dan mengalah dengan tuntutan parti
yang jelas jelas sekali menentang Islam. Apa lagi orang Islam boleh harapkan
pada parti PAS?
Mereka tetap mahu
berkawan dan bersahabat dengan DAP yang mencabar langkah mayat mereka dahulu
jika mahu buat negara Islam. PAS sudah lemah.
JIka tidak lemah,
mana mungkin seorang Exco PAS dipecat dengan arahan daripada Timbalan Presiden
PKR. Nampaknya, Ketua Pemuda PAS mungkin mengalami nasib yang
sama.
Berikut adalah kenyataan daripada Ketua Pemuda PAS Selangor :
SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa pertubuhan berteraskan agama dan kaum adalah sesuatu yang berbahaya.
Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Halim berkata, kenyataan Karpal itulah yang sebenarnya membahayakan kerana boleh mencetuskan ketegangan agama.
“Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak Karpal Singh menarik balik kenyataan tersebut atau menerima desakan daripada seluruh pemuda Pas.
“Pemuda Pas menyelar tindakan Karpal selaku pimpinan DAP yang mengheret Pas dalam sikap prejudis terhadap Islam. Walhal pimpinan-pimpinan muda DAP sudah menerima hakikat perjuangan Pas yang selama ini bertunjangkan akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.




0 comments:
Post a Comment