Pages

Monday, November 25, 2013

Petanda Mat Sabu menang, Muslimah naik berahi




Kemenangan Suhaizan Kaiat menerajui Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baharu menimbulkan satu persoalan adakah ini permulaan kem bukan pro ulama (liberal) mula bertapak dalam dewan itu ?

Suhaizan mendapat 320 undi menewaskan pencabarnya, dari kem pro ulama, Kamarulzaman Muhammad yang mendapat 307 undi. Manakala Zulhazmi Sharif yang juga dari kem bukan pro ulama hanya mendapat 7 undi.

Namun untuk jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda kedua-dua jawatan itu dimenangi oleh kem pro ulama. Muhammad Khalil Abdul Hadi mendapat 355 undi menewaskan pencabarnya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob yang mendapat 282 undi untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda.

Manakala Ir Mohd Khairil Nizam Khirudin mendapat 411 undi menewaskan pencabarnya, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi yang mendapat 226 undi untuk jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sementara itu, kem bukan pro ulama yang sudah bertapak dalam Dewan Muslimah PAS sejak dari tahun 2011 mengekalkan penguasaan dalam dewan itu apabila berjaya memenangi ketiga-tiga jawatan tertinggi.

Siti Zailah Mohd Yusof mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Dewan Muslimat dengan mendapat 468 undi menewaskan pencabarnya, Nuridah Salleh yang mendapat 189 undi.

Dr Siti Mariah Mahmud mempertahankan jawatannya dengan mendapat 429 undi, menewaskan pencabarnya Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 229 undi.

Begitu juga, Mumtaz Mohd Nawi berjaya mengekalkan jawatan Naib Ketua dengan mmendapat 457 undi berbanding dengan pencabarnya, Dr Rosni Adam sekadar memperoleh 201 undi.

Kemenangan kem bukan pro ulama menguasai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimah hari ini menimbulkan satu persoalan baharu, adakah ini merupakan signal yang diberikan perwakilan PAS bahawa Mohamad Sabu juga bakal mengekalkan kemenangannya sebagai jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan esok ?

Detail ada dalam AIDC

0 comments:

Post a Comment