WALAU HARI RAYA SEKALI PON ANWAR TIDAK AKAN MINTA MAAF !!!
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim didesak agar segera meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mendakwa
seramai 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lepas.
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong
berkata, dakwaan Anwar itu telah menyebabkan berlaku kekeliruan sehingga memberi
kesan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU-13 kerana dianggap
sebagai warga Bangladesh.
"Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai
orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian.
Mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh
sebagai warga Bangladesh.
"Anwar sebagai pemimpin pembangkang
yang bertanggungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan
seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya pada sidang
akhbar di ibu pejabat parti itu di sini semalam.
Setelah membuat dakwaan itu, Anwar
baru-baru ini membuat pusingan U pula apabila menafikan membuat tuduhan bahawa
kerajaan ada membawa masuk sebanyak 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi
hantu.
Sebaliknya, Anwar menuding jari kepada
penulis pro-UMNO kononnya memanipulasi isu itu.
Siew Keong berkata, pembohongan Anwar
itu sama seperti episod yang berlaku pada 2008 apabila Anwar menuduh bahawa
ramai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang dan
bakal membentuk kerajaan baharu pada 16 September.





0 comments:
Post a Comment