Haron Din Tolak Campur Tangan DAP Dalam PAS
KUALA
LUMPUR: “Kami tidak pernah masuk dalam kelambu DAP, eloklah Karpal
Singh tidak masuk dan mencampuri urusan rumah tangga dan kelambu kami,” kata
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
Beliau turut
memberi amaran supaya Pengerusi DAP tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan
kenyataan jika Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu enggan dan tidak cuba memahami
dasar parti berkenaan.
“Jika dia
memahami perjuangan PAS, dia tidak akan membuka mulutnya untuk
bercakap.
Kalau dia
bercakap begitu, sahlah dia tidak faham, eloklah dia tidak campur tangan urusan
PAS.
“Saya nasihatkan
dia buat kerja dia, kitan akan buat kerja kita,” katanya yang dipetik daripada
Berita Harian.
Dewan Muslimat
baru-baru ini mendesak Karpal meminta maaf berhubung kenyataan beliau
menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama
dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.
Sehari sebelum
itu, Dewan Pemuda tampil dengan bukti mendakwa Karpal berbohong apabila
menafikan pernah membuat kenyataan itu.
Bukti yang
didedahkan Naib Ketua Dewan Pemuda, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob itu
terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47
saat yang dibuat Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu.
Haron turut
mempertikaikan tindakan Karpal yang dilihatnya sebagai usaha mengeluarkan PAS
daripada pakatan pembangkang.
“Kalau betul itu
kenyataan Karpal, adakah dia berkehendakkan PAS dibatalkan pendaftaran supaya
dia nak kekalkan pakatan rakyat dianggotai DAP dan PKR saja?
“Kalau itu
maksudnya, dia memang tidak faham dengan struktur parti politik di Malaysia yang
ditubuhkan mengikut Perlembagaan Persekutuan yang tidak menghalang penubuhan
parti berasaskan agama,” katanya.
Katanya, PAS
adalah parti berasaskan Islam dan Islam adalah cara hidup, malah politik adalah
darah daging Islam dan tidak boleh berpisah daripada Islam.
Katanya,
survival Islam dari dulu dan untuk selama-lamanya adalah dengan tidak memisahkan
politik dengan agama.
“Islam dan
politik tidak boleh dipisahkan, ibarat gula dengan manisnya, apa gunanya gula
kalau manisnya dipisahkan.
“Kalau itu dia
faham, dia tidak akan membuka mulut untuk bercakap..bergantung kepada dirinya
sama ada untuk memohon maaf atau tidak,” katanya.
Sementara itu,
Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib yang dihubungi berkata, kenyataan Karpal
akibat kecetekan ilmu terhadap Islam dan berharap pemimpin itu mengkaji serta
belajar Islam dengan baik sehingga akhirnya sedar kenyataan itu tidak
betul.
Mengakui PAS
belum berjaya mendidik Karpal memhami Islam walaupun bertahun jadi rakan sekutu
DAP, beliau berkata, PAS tidak akan berputus asa untuk berdakwa kepada pemimpin
itu.
“Karpal berada
dalam golongan yang belum memahami Islam, bila dia faham, dia tidak mungkin
mengeluarkan kenyataan itu,” katanya sambil menegaskan PAS tidak berniat untuk
keluar Pakatan disebabkan kegagalan pemimpin DAP memahami dasar dan perjuangan
PAS.




.jpg)
0 comments:
Post a Comment