Anwar Ibrahim Yang Mula Tuduh Bangla 40,000 Undi BN #AnwarPembohong
Rakyat Malaysia ditipu bulat-bulat oleh Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu ’40,000 Pengundi
Bangladesh’
“Kita saksikan
kembali ‘pendedahan’ Anwar tentang 40,000 pengundi yang tidak masuk akal tetapi
dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian rakyat Malaysia.
“Dan seperti
yang kita semua tahu, finale kepada kenyataan di bawah ialah Anwar terpaksa
gigit jari sekali lagi kerana kalah dalam PRU13 !
“Dan setelah
terbukti bahawa isu 40,000 ‘pengundi Bangladesh’ adalah satu penipuan paling
jijik dalam sejarah pilihanraya negara ini, tidak ada seorang pemimpin
pembangkang yang tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia,” ulas
DrMiM.
Nada yang sama
turut dilaporkan Mynewshub
yang menyifatkan penafian Anwar hari ini sebagai ‘pusing cakap’.
“Sedangkan yang
diketahui umum, dari awal portal pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia
Insider yang menghangatkan penipuan berkenaan dengan bantuan cybertropers Red
Bean Army milik DAP yang mengerakkan kempen penipuan itu di media sosial seperti
Facebook.
“Serangan secara
tersusun dan serentak antara Red Bean Army dan portal-portal pro mereka telah
menyebabkan rakyat tertipu ketika PRU-13 berlangsung.
“Selepas PRU-13,
sehingga kini, pembangkang dan portal-portal berkenaan masih belum mengemukakan
sebarang bukti kukuh mengenai kewujudan kumpulan pengundi berkenaan walaupun
digesakan untuk berbuat demikian berkali-kali.
“Malah, beberapa
dakwaan lain seperti kejadian blackout di pusat penjumlahan dan peti undi
dibuang daripada helikopter juga disahkan penipuan yang dirancang,”komen laman
itu.
Semalam, Bernama
melaporkan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan
warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan
pembangkang kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada
pilihan raya umum ke-13.
Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina,
pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak
percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada
PRU-13.
Kata Najib
perdana menteri Bangladesh turut mempersoalkan dakwaan berkenaan dan menyifatkan
ia sebagai mustahil kerana untuk mengundi di Malaysia, seseorang warga
Bangladesh perlu menukar kerakyatan mereka kepada warganegara
Malaysia.
“Dia kata memang
tidak ada (tidak wujud) tindakan untuk kita (kerajaan Malaysia) memberi 40,000
kewarganegaraan pada orang Bangladesh,” kata Najib.
Pada PRU-13,
pakatan pembangkang mendakwa BN menggunakan 40,000 rakyat Bangladesh untuk
mengundi parti gabungan berkenaan.




0 comments:
Post a Comment