Pandangan Lim Guan Eng Terhadap Cadangan Hudud PAS
Dalam pilihan
raya yang lepas PAS tidak berani langsung cakap pasal hendak laksanakan hudud.
Namun menjelang pemilihan dalam muktamar PAS, ada dua isu besar yang sengaja
dibangkitkan kembali untuk menjadi isu dalam muktamar
1) Isu kritikan
terbuka Karpal Singh terhadap PAS
2) Isu
perlaksanaan hudud oleh PAS.
Sebenarnya dua
perkara ini sudah lama diperbincangkan dalam PAS dan ianya akan berbalik pada
jawapan yang sama iaitu Karpal Singh tetap tidak bersetuju dengan PAS dan DAP
juga tidak bersetuju hudud dilaksanakan oleh PAS.
Video di atas
menjelaskan apa pandangan sebenar DAP terhadap hudud. Biarpun Tuan Ibrahim Tuan
Man menggesa agar hudud dilaksanakan di negeri Selangor, Pulau Pinang juga,
namun cadangan itu hanya tinggal satu retorik muktamar semata mata.
Yang tinggal
selepas muktamar adalah perkara ini iaitu semua yang diperkatakan tentang hudud
dan Karpal Singh adalah satu sandiwara dan putar belit pihak media. PAS akan
menyalahkan media. Situasi sama macam isu Bangla 40,000, itulah jalan keluar
untuk PAS mematikan dua isu diatas selepas muktamar selesai.
Apakah ini masih
tidak disedari oleh perwakilan perwakilan dan ahli ahli PAS di bawah? Mereka
sebenarnya sedang ditipu berulang kali menggunakan taktik yang sama. Taktik
pembohongan Anwar Ibrahim.



0 comments:
Post a Comment